[WAJIB CUBA] 11 Tempat Makanan Menarik Di Kuala Lumpur

bananabro, tempat makan menarik kuala lumpur, port makan best di kl, klfoodie
Facebook
Twitter
LinkedIn
Facebook
Twitter
LinkedIn
Author

Anda lapar dan tak tahu nak makan dekat mana? Mencari tempat makanan sedap di Kuala Lumpur?

Dah jemu dengan makanan yang sama setiap hari?

Anda nak cuba menu dan suasana baru sambil meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di kotaraya Kuala Lumpur?

Jangan risau ya sebab hari ini kami akan kongsikan 11 tempat makan yang menarik di Kuala Lumpur yang pastinya lazat dan tidak mengecewakan. Dari restoran mewah yang menawarkan barisan menu lima bintang hingga ke ‘street food’ yang pasti menaikkan selera semua, sudah pasti kotaraya Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman menarik untuk setiap lapisan umur dan masyarakat.

Jadi, tunggu apa lagi?

Ayuh! 

Syurga Makanan di Jalan Alor

Pecinta makanan pasti gembira sebaik sahaja melangkahkan kaki ke Jalan Alor, Kuala Lumpur. Terletak berhampiran dengan pusat tumpuan Wilayah Persekutuan iaitu Jalan Bukit Bintang, Jalan Alor menjanjikan variasi makanan yang pelbagai. Tidak hairanlah ramai yang menyatakan Jalan Alor ini ialah salah satu tempat makan menarik di Kuala Lumpur. Anda boleh mencuba pelbagai makanan barat, makanan Thai dan juga makanan tempatan.

food stalls along Jalan Alor

Antara yang menjadi tumpuan di Jalan Alor pastinya hidangan seafood atau makanan laut yang anda boleh dapati di beberapa restoran di lokasi tersebut. Dari hidangan ikan bakar, tomyam hingga ke ‘hot pot’, anda cuma tinggal pilih sahaja yang mana satu menepati selera anda!

Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan lain seperti satay, burger, cendol dan juga banyak lagi.

Mesti seronok kan?

Kebanyakan restoran di Jalan Alor waktu operasi yang lebih kurang sama iaitu dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga lewat malam.

Alamat: Bukit Bintang, 50460 Kuala Lumpur.

Restoran Murni Discovery

Tak pasti nak makan masakan Melayu, Cina atau India? Anda boleh singgah sahaja ke Restoran Murni Discovery dan lihat apa menu yang membuatkan anda terliur. Ya, restoran ini menghidangkan masakan tradisional kesemua kaum yang ada di Malaysia. Dari menu seperti nasi goreng hinggalah kepada roti naan berkeju, cukup padat dengan pilihan.

Murni Discovery Restaurant

Selain itu, Restoran Murni memaparkan barisan menu daripada Itali seperti Pizza dan pelbagai makanan barat. Pendek kata, anda tidak akan kecewa dengan pilihan makanan yang cukup menyelerakan di restoran ni, begitu banyak.

Selain di Bukit Jalil, Restoran Murni turut memiliki banyak lagi cawangan lain yang boleh anda singgah seperti di USJ, Sunway Mentari, SS2 Petaling Jaya, Aman Suria, Shah Alam dan juga Bandar Sri Permaisuri Cheras. Tak kisahlah yang mana pun cawangan yang anda pilih untuk singgah berhampiran Kuala Lumpur, semuanya menghidangkan menu yang dimasak dengan sempurna.

Alamat: 41, Jalan 16/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 2.00 am) | Isnin (Tutup)

Restoran Jibril

Membuka cawangan pertama mereka di Subang Jaya, rangkaian restoran ini sudah mempunyai 3 cawangan dan anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur boleh singgah di Jibril cawangan Publika.

Apa yang menarik di Jibril?

Restoran Jibril from a street view

Anda pasti akan terkejut kerana restoran ini menyediakan barisan menu berasaskan mentega telur masin (salted-egg sauce), yang menarik dan lain dari yang lain di samping harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi.

Oh bagi yang meminati siri magic Harry Potter pasti tahu tentang minuman yang diberi nama ‘butterbeer’ kan?

Anda pernah cuba?

Anda nak cuba?

Datang lah ke Jibril pasti anda pasti akan jatuh cinta!

Anda wajib datang ke sini untuk menikmati suasana yang tidak akan jumpa di restoran lain. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba semua menu menarik di Jibril ya. 

Restoran Jibril Publika dibuka setiap hari dari jam 11am-10pm (isnin-khamis) dan 11am-11pm (jumaat-ahad).

Klik sini untuk melihat senarai cawangan Restoran Jibril

Satay Capitol 1951

Jika Kajang ada sate Kajang, Kampung Baru Kuala Lumpur ada satu tempat menghidangkan satay yang sedap iaitu Satay Capitol 1951. Restoran ini memang boleh dikatakan ikonik kerana ianya telah beroperasi sejak 1951 lagi. Merupakan antara yang terkenal, restoran ini menjadi tumpuan

chicken satays being roasted over charcoal at Satay Capitol 1951 restaurant

Kunci utama keenakkan sate di sini terletak pada bahan perapan satenya yang berbeza dari peniaga sate lain. Tambahan pula, sate di sini dibakar dengan begitu sempurna sehinggakan dagingnya menjadi lembut sekali dan memang sedap. Jangan lupa kuah kacang yang sangat pekat beserta kerangupan hirisan timun yang segar bersama potongan nasi impit yang mereka hidangkan bersama-sama dengan sate. Memang sangat luar biasa!

Untuk pengetahuan anda, para pelanggan sangat berpuas hati dengan hidangan makanan di Satay Capitol kerana pemilik mengekalkan rasa sate tradisional yang susah untuk didapati di tempat lain. Sudah pasti ianya merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. 

Jika anda berada di sekita Kuala Lumpur, jangan lupa untuk singgah ke Satay Capitol ya. 

Alamat: : No, 1, Jalan Haji Hashim, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 3 pm – 12 am

Nasi Lemak Wanjo Kg Baru

Terletak di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur, sebuah kedai yang diberi nama Nasi Lemak Wanjo Kg Baru amat popular di kalangan rakyat tempatan dan juga para pelancong.

Nasi Lemak Wanjo

Jangan tertipu dengan hiasan sederhana yang mereka pamerkan di kedai Nasi Lemak Wanjo Kg Baru ini kerana sebaik sahaja anda melangkah masuk, anda akan terus disapa dengan aroma nasi lemak yang pasti akan menaikkan selera. Yang kenyang pun tiba-tiba boleh jadi lapar!

Anda cuba bayangkan nasi lemak yang disajikan dimasak sempurna dengan santan, dimakan bersama ikan bilis rangup, telur rebus, sambal dan juga hirisan timun rangup, siapa sahaja tidak jatuh cinta? Selain itu restoran ini juga terkenal dengan hidangan ayam goreng kunyit berempah yang menjadi pilihan utama para pengunjung.

Berbekalkan pengalaman hampir 55 tahun, tidak hairanlah Nasi Lemak Wanjo Kg Baru Kuala Lumpur, sudah menjadi pakar dalam menyediakan hidangan nasi lemak yang menepati citarasa semua.

Bagi anda yang belum pernah cuba, kami sarankan anda untuk singgah ke gerai Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru. Inilah masanya untuk anda menikmati aroma nasi lemak sambil menikmati keindahan Menara Berkembar KLCC di tengah Kuala Lumpur disamping suasana yang nyaman dan meriah!

Dibuka setiap hari dengan waktu operasi Rabu-Isnin (6.30am–12.00pm, 3.00 pm– 12.30am) dan Selasa dari jam 3.00 pm– 12.30am

Alamat: Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru, 50460 Kuala Lumpur.

Kafe Kleptokrat KL

Tempat makan seterusnya ialah sebuah kafe paling instagrammable, antara yang popular di media sosial, ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Hadir dengan konsep vintage, memang ramai yang mengunjungi kafe ini kerana senibina dan rekabentuknya yang memukau. Anda pasti akan terpesona!

Terletak di bangunan yang mencecah 100 tahun, siapa sangka terdapat kolam yang luas ditengah-tengah bangunan. Jika anda suka akan suasana yang klasik, dengan pemandangan yang unik, anda akan makan dengan tenang di sini! Sebuah restoran yang boleh dikatakan bukan sahaja hiasan dalaman yang cantik, malah mempunyai hiasan mural yang gah di sepanjang laluan belakang kafe.

Sebuah kafe yang menyediakan pelbagai menu yang lazat termasuklah menu tempatan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Apa yang menarik di kedai ini ialah anda boleh memilih hidangan makan malam yang pelbagai seperti nasi lemak, lontong dan rendangnya yang sangat sedap. Jangan lupa juga untuk mencuba aneka pencuci mulut yang cukup memuaskan hati!

Lokasi: 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur Waktu operasi: Setiap hari iaitu Isnin-Jumaat (10.00 am-9.00 pm) | Sabtu & Ahad (8.00 am-10.00 pm)

Restoran Dapur Sarawak

Sekarang kalau anda mahu makan makanan Sarawak, anda dah tak perlu naik kapal terbang! Ada satu tempat yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur iaitu Restoran Dapur Sarawak. Restoran ini ada macam-macam makanan asli Sarawak seperti Mi Kolok dan juga Laksa Sarawak yang lazat. Ini antara hidangan utama di restoran ini. Memang ikonik

Mengekalkan hiasan dalaman asli dari Borneo, restoran ini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada para perantau yang jauh dari kampung halaman mereka malah bagi yang mengidamkan kelazatan hidangan Borneo yang unik dan menyelerakan.

Untuk pengetahuan anda, restoran ini juga menjanjikan layanan yang ramah dan pantas untuk setiap pengunjung mereka. Selain itu, para pelanggan juga sangat berpuas hati dan menyatakan restoran ini menjanjikan harga Madani dan juga berbaloi.

Restoran Dapur Sarawak dibuka setiap hari dari jam 10am-10.30pm jadi lengkapkan pengembaraan ‘food-hunting’ makan malam anda dengan mengunjungi restoran ini.

Alamat: No.19, Jalan Sarikei,, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Go’bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai

Mesti ramai peminat masakan tempoyak dekat sini kan?

Ada satu tempat makan menarik di Kuala Lumpur yang kami hendak kongsikan iaitu Go’bang Maju Patin Tempoyak. Terletak di Sri Rampai, Wangsa Maju. Restoran yang unik ini menyediakan pelbagai juadah berasaskan tempoyak yang pastinya menepati selera anda semua.

Antara hidangan yang termasuk dalam kategori ‘killer menu’ oleh restoran ini  yang menjadi pilihan para pengunjung untuk makan tengah hari di restoran ini ialah Ikan Patin Tempoyak. Kuahnya pekat dan ikan yang segar disamping mengekalkan rasa yang asli resepi dari Pahang, membuktikan dedikasi pemilik restoran untuk memastikan setiap hidangan berkualiti tinggi dan memuaskan hati para pelanggan.

Restoran ini menyediakan ruang makan yang selesa untuk para pengunjung menikmati juadah yang enak. Mereka juga menjanjikan layanan yang baik kepada para pelanggan yang mengunjugi kedai makan mereka. 

Restoran ini dibuka dari Selasa hingga Ahad dengan waktu operasi Selasa – Khamis (11.00 am – 7.00 pm), Jumaat (10.30 am – 7.00 pm), Sabtu dan Ahad (11.00 am – 10.00 pm), tutup pada hari Isnin.

Alamat: 19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Restoran Raso Omak Den

Para ‘waghih’ yang tak sempat nak balik ke kampung halaman sekarang ni dah tak perlu risau ya sebab Restoran Raso Omak Den menawarkan sajian yang cukup asli Negeri Sembilan. Pastinya mampu mengubat rindu anda semua.

Tempat makan menarik di Kuala Lumpur ini terletak di Taman Melawati. Restoran ini menghidangkan menu yang mengekalkan resepi asli dari Negeri Sembilan. Kalau dah nama masakan Negeri Sembilan asli, mestilah kena pedas!

Antara menu terbaik di restoran ini yang menjadi pilihan para pengunjung adalah masak lemak cili api, pucuk ubi masak tempoyak, daging salai masak lemak, udang sambal dan banyak lagi. Dah la rasa yang sedap, harga pula sesuai untuk setiap lapisan masyarakat. Tidak hairanlah kalau restoran ini sentiasa penuh dengan pelbagai gelagat pelanggan.

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat, anda boleh hadir awal kerana restoran ini beroperasi dari jam 8 pagi. Ada macam-macam hidangan yang disediakan seperti mee goreng, bihun goreng, nasi lemak dan banyak lagi.

Jibby by The Park

Bagi anda yang sukakan suasana kehijauan taman yang menyejukkan hati, apa kata anda berehat daripada melihat hutan konkrit dan pergi makan di Jibby by The Park. Reka bentuk tempat ini memang bagus untuk anda yang inginkan suasana yang berlainan di KL. Mereka menerapkan reka bentuk rumah hijau dengan pencahayaan semula jadi dan ruang yang luas pastinya menambahkan lagi seri kafe ini. Anda boleh memilih untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah pencakar langit di Kuala Lumpur.

Kalau nak masuk ke kedai makan ini memang selalunya kena beratur sekejap kerana ramai yang ingin merasai pengalaman makan di sini. Biasanya waktu makan tengah hari dan hari minggu adalah waktu yang anda perlu beratur. Ternyata Jibby by The Park adalah sebuah restoran pilihan untuk menjamu dengan kawan-kawan dan keluarga.

Mereka juga menawarkan pelbagai makanan barat seperti pizza, spageti dan fish & chip. Saiz hidangan mereka juga besar dan sangat sesuai dengan harga yang ditawarkan. Merupakan sebuah tempat makan menarik di KL, anda pasti takkan menyesal makan di sini. Dahlah tempat lawa, makanan pula memang sedap. Mereka juga menawarkan aneka kopi yang menjadi pilihan para pencinta kopi.

Alamat: The Waterfront@ParkCity, No 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Khamis: 9.30am – 10.00pm, Jumaat-Ahad: 9.00am – 10.00pm

BananaBro – Banana Leaf Rice Restaurant

Terakhir dalam senarai tapi yang paling istimewa mestilah tidak lain tidak bukan mestilah rangkaian restoran BananaBro yang menjadi pilihan segenap lapisan rakyat Malaysia yang teringin nak makan hidangan nasi daun pisang!

Untuk pengetahuan anda sehingga artikel ini ditulis, BananaBro merangkumi lebih daripada 38 cawangan terletak di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan seluruh Malaysia. Eh, kami tidak berhenti di angka ini ya. Kami akan sentiasa membuka cawangan baru setiap bulan! Jangan terkejut nanti tiba-tiba cawangan BananaBro dibuka di kejiranan anda kerana kami memang komited untuk membawa hidangan asli dari kawasan India Selatan terus kepada anda.

BananaBro Chicken 65, Tempat Makan Menarik Kuala Lumpur,

BananaBro menyajikan pelbagai hidangan dari nasi daun pisang, nasi briyani, Chicken 65, sotong goreng tepung, ikan tenggiri goreng, pelbagai hidangan kari dan banyak lagi – yang berbeza dari restoran lain. Anda akan terpikat dengan kelazatan hidangan kami!

BananaBro Teh Tarik Lawa, Tempat Makan Menarik Kuala Lumpur

Jangan lupa untuk mencuba barisan minuman signature dari BananaBro seperti Teh Tarik Lawa dan Mango Lassi. 

Kedai makan kami juga menyajikan pelbagai hidangan yang berasaskan sayuran yang menarik di setiap cawangan BananaBro untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup vegetarian. Antara hidangan yang mereka pasti order dan menjadi pilihan ialah peria goreng, Gobi 65, Gobi Manchuria dan banyak lagi. Memang terbaik!

Selain itu, rangkaian restoran BananaBro juga menyediakan ruang menjamu selera yang sangat selesa untuk anda semua. Kami juga komited untuk mengekalkan kebersihan, harga yang berpatutan, suasana yang harmoni dan juga khidmat pelanggan yang terbaik. BananaBro beroperasi dari jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari jadi anda boleh menjamu selera sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di cawangan BananaBro berhampiran anda. 

Kepada mereka yang tidak suka beratur, anda juga boleh klik link ini untuk membuat tempahan meja. Jimat masa dan sangat mudah!

Jom ikut rapat setiap akaun media sosial BananaBro. Pastikan anda tidak terlepas setiap promosi menarik dari kami dan juga hebahan pembukaan cawangan terbaru!

Rumusan: 11 Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur

Kesimpulannya, kotaraya Kuala Lumpur merupakan syurga makanan yang terkenal di kalangan anak tempatan dan juga pelancong luar negara. Dimeriahkan dengan pelbagai restoran, kafe dan juga warung tepi jalan yang menghidangkan pelbagai makanan dan minuman bersesuaian untuk setiap lapis masyarakat. Artikel ini hanya memuatkan 11 tempat makan menarik tapi hakikatnya terdapat banyak lagi kedai makan yang best dan berbaloi untuk anda cuba dan terokai.

Akhir sekali, kami berharap artikel ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan kepada para pembaca dan foodie sekalian. Semoga kita bertemu lagi di artikel akan datang!

Related posts:

Be the first to know.

The upcoming new outlets, latest deals, special occasion events, makan bersama sessions. We are against spams, unsubscribe anytime.