Ada yang sedang mencari tempat makan di Puchong? Hari ini kami nak bawa anda jalan-jalan dan makan-makan di sekitar Puchong, Selangor. Nak ikut?
Puchong – sebuah bandar membangun yang terletak lebih kurang 20km daripada bandaraya Kuala Lumpur menjanjikan tempat makan yang menarik untuk anda semua. Hari ini, kami akan kongsikan beberapa restoran yang menghidangkan makanan tempatan dan juga antarabangsa, anda wajib singgah jika anda berada di Puchong dan kawasan sekitarnya.
Jom kita start!
Warung Wok
Sumber | Warung Wok
Anda gemar dengan makanan Kelantan? Atau anda berasal dari Kelantan dan merindui masakan di sana? Jangan risau, Warung Wok ada di Puchong.
Terletak di Bandar Puchong Jaya, Warung Wok mengetengahkan makanan Kelantan yang merupakan kepakaran mereka. Restoran mereka yang kemas, simple dan selesa ini memang best.
Menu special mereka tentulah Nasi Kak Wok dan Nasi Kukus Ayam Berempah. Tetapi, mereka juga menyediakan makanan Kelantan kegemaran orang ramai iaitu Nasi Kerabu. Nasi Kerabu mereka dihidangkan bersama pilihan ayam berempah atau ikan. Kerana pilihan lauknya yang banyak termasuk ulam-ulaman, ia sering sesak dengan pelanggan semasa waktu makan tengah hari.
Sumber | Warung Wok
Makanan pantai timur lain yang mereka bawakan seperti nasi dagang, roti titab dan nasi pulut juga sangat sedap. Jadi, jangan lupa singgah ke sini bila anda berada di Puchong. Memang rasa macam di Pantai Timur.
Alamat: 1 – 2, Jalan Kenari 12a, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)
Asap Steamboat & Grill
Sumber | Asap Steamboat & Grill
Anda suka tak makan steamboat? Di Puchong ini terdapat satu kedai makan steamboat dan grill yang menarik iaitu Asap Steamboat & Grill. Yang menarik tentang restoran ini ialah rekaan dan hiasan restoran yang sangat cantik.
Ada unsur country dan rustic yang mereka gabungkan bersama style yang modern dan fresh, menjadikan suasana di restoran ini cukup istimewa. Ramai pelanggan yang menjadikan restoran ini sebagai lokasi menyambut harijadi dan sambutan istimewa.
Konsep D.I.Y restoran ini memang mudah dan menyeronokkan. Anda akan dibekalkan dengan hotpot dan grill bersama kuah Tom yam pilihan dan butter untuk grill. Makanan lain, anda cuma perlu pilih dan ambil. Pilihan ayam, kambing, ikan, sosej, fish ball, crabstick, kambing, kepah, ketam, udang adalah yang segar bagi memastikan kualiti makanan terjamin. Pilihan sayuran mereka juga sangat banyak.
Sumber | Asap Steamboat & Grill
Yang paling penting, restoran ini memastikan yang tiada pembaziran berlaku. Jadi bagi setiap 100gm makanan yang tidak dihabiskan, anda akan dicas RM20. Makan sampai kenyang tetapi jangan membazir ya.
Alamat: 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 6pm-12am (setiap hari, ditutup pada hari Isnin)
Alissara Restaurant
Sumber | Alissara Restaurant
Satu lagi tempat yang menyediakan masakan Thai yang mesti anda cuba ialah Alissara Restaurant yang terletak di Taman Puchong Indah. Apa yang lebih menarik di restoran ini adalah hiasan dalaman yang cantik, kemas dan bersih ini sangat mesra keluarga. Dengan open kitchen yang membolehkan anda lihat sendiri masakan anda disediakan, memang menarik.
Menu mereka memang masakan Thai yang istimewa. Bagi anda yang ingin cuba hidangan thai istimewa yang lain dari restoran Thai lain seperti Miang Kanom Jeeb yang merupakan sejenis salad, anda memang patut singgah ke sini!
Sumber | Alissa Restaurant
Kepada yang teringinkan pulut mangga, nasi goreng Thai, pulut ayam goreng, Tom yam asli Thai, kaki ayam dan somtam goreng dan banyak lagi makanan masakan Thai, Alissara Restaurant memang tempat yang tepat untuk anda.
Alamat: 1, Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 3.30pm-10.30pm (setiap hari)
Bumbu Bali
Sumber | Bumbu Bali
Sebagaimana namanya, Bumbu Bali ialah tempat makan yang menyediakan masakan Bali. Ada banyak makanan yang sedap boleh dipilih pelanggan. Mereka turut menyediakan set untuk pelanggan yang datang dalam kumpulan pada harga berpatutan. Ia merupakan sebuah restoran yang amat mendamaikan dan romantik juga.
Antara menu menjadi pilihan para pengunjung ialah Bali Trio, Soto Ayam, Iga Mempagang dan banyak lagi!
Sumber | Bumbu Bali
Tidak hairanlah ramai pelanggan yang membawa orang tersayang untuk menyambut hari istimewa mereka di sini. Dijemput untuk mencuba makan makanan yang dihidangkan dengan menarik dan membangkitkan selera sesiapa jua yang melihatnya.
Alamat: Lot 18 & 18-1, Jalan Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 11pm)
Saba’a Kingdom Restaurant
Sumber | Saba’a Kingdom Restaurant
Senarai kami tentu tidak lengkap jika tidak memasukkan restoran Saba’a Kingdom Restaurant ini. Jenama Saba’ bukan nama yang asing dan memang dikenali ramai dengan cawangan restoran di serata Kuala Lumpur dan Selangor. Namun, di Puchong ini ia dikenali sebagai Saba’ Kingdom Restaurant dan terletak di Taman Saujana Puchong.
Menu istimewa mereka tentulah pilihan nasi Arab iaitu nasi kabsah, mandy, dan haneeth yang boleh dipilih bersama ayam ataupun kambing. Tetapi mereka juga menyediakan makanan staple Arab lain seperti kebab, tikka, shawarma dan banyak lagi.
Sumber | Saba’a Kingdom Restaurant
Hidangan lain yang ada di sini ialah seperti Salad Arab iaitu fatoush dan hummus, dan juga dessert Arab iaitu falafel dan kunafa. Namun, antara yang digemari ramai di Saba’ ialah teh Turki yang mereka bawakan khas. Nak cuba, pastikan anda datang ke Saba’ Kingdom Restaurant.
Alamat: No 09-G, Jalan SP 3/4, Taman Saujana Puchong, 47110 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)
Makanan Cina Muslim Mohd Adam Ali
Sumber | Restoran Cina Muslim Mohd Adam Ali
Masakan cina memang antara makanan kegemaran orang Malaysia. Yalah, kita dibesarkan dalam masyarakat majmuk, memang sudah biasa menikmati makanan bangsa lain. Di Puchong, jika anda mencari masakan makanan cina yang mesra Muslim dan halal, boleh datang ke Restoran Cina Muslim Mohd Adam Ali yang terletak di Bandar Puteri.
Sumber | Restoran Cina Muslim Mohd Adam Ali
Menu yang mereka bawakan ialah masakan authentic Cina. Di sinilah anda boleh dapatkan makanan seperti dim sum, sizzling Yee Mee, Kung Pao chicken, Kam Heong Chicken dan macam-macam lagi. Anda juga boleh memesan nasi putih dan lauk pauk kegemaran anda. Jangan lupa untuk menggandingkan meal anda ini bersama teh herba Cina. Barulah puas.
Alamat: 22G & 24G, Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 11am-9.30pm (setiap hari, ditutup pada hari Isnin)
Restoran Patin Place
Sumber | Restoran Patin Place
Terletak di Bandar Puchong Utama, restoran ini bukan sahaja menyediakan makanan yang lazat malah dekorasi dalaman yang memukau. Disapa dengan kereta Proton Saga merah antik di bahagian luar kedai, restoran ini dihiasi dengan pelbagai hiasan antik seperti seterika arang, gambar-gambar lama dan juga peta negeri Pahang.
Sumber | Restoran Patin Place
Bersesuaian dengan nama restoran, Restoran Patin Place menyediakan menu paling popular di sini iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak. Jangan risau kalau anda tak makan tempoyak, sebab restoran ini juga menyajikan hidangan ikan patin kukus, bakar dan juga buttermilk! Selain itu, restoran ini juga menyediakan menu yang pelbagai seperti hidangan panas contohnya Nasi Goreng Temerloh dan juga Sambal Petai. Tidak hairanlah restoran ini sentiasa penuh lebih-lebih lagi ketika waktu puncak.
Jadi sekarang anda sudah tidak perlu risau untuk cari tempat makan tengah hari. Singgah sahaja ke Restoran Patin Place!
Alamat: 31, Jalan BPU 5, 14 Miles, Jln Puchong, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 11am – 10.30pm
Restoran Anggrek Kuring
Sumber | Restoran Anggrek Kuring
Ada peminat sajian Indonesia di sini?
Jika ada, kami cadangkan untuk anda singgah ke Restoran Anggrek Kuring yang terletak di Bandar Puteri, Puchong. Dengan gaya yang kontemporari dan moden, restoran ini menumpukan kepada makanan popular Sunda yang terletak di Jawa Barat, Indonesia.
Sumber | Restoran Anggrek Kuring
Antara hidangan utama mereka di sini ialah Set Nasi Timbel – Nasi yang dibungkus dengan daun pisang dan dihidangkan bersama ayam bakar, satay udang, kentang, ulam, sambal dan juga sup. Anda juga boleh mencuba ‘Deep Fried Standing Fish’ – ikan kerapu yang digoreng rangup dihidangkan dengan sos telur masin, Udang Sambal Petai, tidak lupa Gado-Gado. Kebanyakan pengunjung sangat berpuashati dengan layanan yang baik dan harga juga berpatutan termasuk kualiti makanan dan juga saiz hidangan yang disediakan.
Alamat: 30-1, Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dan mempunyai 2 waktu operasi iaitu 11.30am – 3.30pm dan 5.30pm – 10pm
BananaBro IOI Mall Puchong
Ini berita sahih dan anda tidak salah baca. Betul, cawangan terbaru BananaBro di IOI Mall Puchong sudah dibuka. Dekat sangat dengan anda kan? Peminat nasi daun pisang dihidang bersama ayam goreng berempah dan juga kuah kari pelbagai jenis yang pekat dan likat, siapa sahaja tidak jatuh cinta.
Selain itu, BananaBro juga menyediakan pelbagai menu hidangan seperti Ikan Tenggiri Goreng, Sotong Celup Tepung dan juga Nasi Lemak yang menjadi pilihan para pelanggan yang datang ke sini.
Ada peminat nasi beriyani dekat sini? Jangan lupa untuk selitkan nasi beriyani dalam tempahan anda kerana nasi beriyani mereka adalah resepi yang telah dibawa khas dari India Selatan. Terdapat pelbagai pilihan nasi beriyani di sini. Ada nasi beriyani ayam, nasi beriyani kambing dan juga nasi beriyani daging.
Tak tahu nak order? Jangan risau sebab kami juga ada sediakan set yang dinamakan “Craving Set”. Saiz hidangan besar dengan harga berpatutan, rasa tulen makanan berkonsepkan dari India Selatan, beserta suasana yang bersih. Patutlah restoran BananaBro selalu penuh dengan pelanggan!
Alamat: S13-S16, SECOND FLOOR, Lebuhraya Damansara – Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
Waktu operasi: Dibuka setiap hari 10am – 9pm
Buat tempahan awal dengan klik LINK INI!
Buat Tempahan Awal di BananaBro
Bila penat membeli belah di IOI Mall Puchong yang meriah, perut pun dah lapar. Mesti lah kita nak cari makanan yang cukup sedap kan? Restoran BananaBro selalu penuh tau dan pelanggan yang lain beratur di luar restoran pun ramai. Tapi jangan risau, sebab sekarang anda boleh buat tempahan awal di BananaBro.
Mudah sahaja. Sila ikuti langkah-langkah ini.
- Klik sini —> TEMPAH MEJA DI BANANABRO
- Pilih —> Make a reservation
- Masukkan pilihan cawangan, jumlah pengunjung, tarikh dan masa
- Masukkan alamat email dan juga special request, jika ada
- Siap!
Sekarang anda boleh terus hadir ke cawangan BananaBro berhampiran anda. Tidak perlu beratur lagi!
Penutup
Tahniah kepada para pembaca kerana selepas ini anda tidak perlu lagi pening kepala untuk mencari-cari tempat yang menyediakan makanan sedap di sekitar Puchong. Terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan yang sedap dan pastinya membuka selera.
Dari pilihan makanan Barat sehingga ke makanan tempatan, tedapat banyak tempat makan menarik yang anda boleh cuba kawasan kejiranan anda. Walaupun ramai yang beranggapan Puchong adalah tempat perindustrian, namun terdapat juga tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi di sini.
Jangan lupa follow BananaBro di Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube ya!